Menurut beliau, keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama parti komponen dalam PN yang bersetuju untuk mengguna pakai kaedah sama seperti pada PRU15.
"Kita bincang soal politik, persiapan untuk PRN. Alhamdulillah, nampak Kelantan hampir sudah bersedia.
"Kita juga dah hampir selesai bincang pembahagian kerusi, sekarang dah dibincangkan di peringkat pusat di bawah jawatankuasa rundingan kerusi. Lain-lain perkara yang dibincangkan soal manifesto, calon dan logo dipakai seperti pada PRU15 lepas," katanya dalam laporan Bernama, hari ini.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat dengan pimpinan PN Kelantan yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob di Pasir Puteh, malam tadi.