Anak syarikat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Ketengah Holding Sdn Bhd menyumbang RM15,000 bagi menampung kos pembinaan masjid Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi.
Sumbangan
itu disampaikan Pengerusi Ketengah, YB Dato’ Seri Ahmad Said pada Majlis Berbuka
Puasa Amal Dana Pembinaan Masjid UiTM Kampus Bukit Besi, petang semalam.
Turut hadir, Rektor universiti itu, Prof. Ts. Dr. Mazidah Puteh; Pengurus Besar Ketengah, Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif Ketengah Holding, Ramli Shahul Hameed.
Tags
NEGERI