Terengganu Coverage

Bersatu Terengganu Tanding Empat Kerusi DUN?

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu akan meletakkan calon-calonnya bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN). 

Calon Bersatu di Terengganu akan menggunakan logo PAS sama seperti Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu, kata sumber. 

Menurut sumber berkenaan, perkara itu telah dipersetujui oleh kepimpinan Perikatan Nasional (PN) negeri itu yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu. 

Keputusan itu telah diserahkan kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dimuktamadkan. 

Kata sumber itu lagi, Bersatu akan diberi laluan oleh PAS untuk bertanding di DUN Langkap, Telemong, Alor Limbat dan Paka. 

“Bersatu turut dijanjikan kuota seorang Exco kerajaan negeri serta beberapa jawatan Pengerusi GLC (syarikat kerajaan) jika parti itu terus menerajui Terengganu pada PRN kali ini,” kata sumber itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post