Terengganu Coverage

Kerajaan Terengganu Jual Tanah Bernilai RM29 Juta Kepada Isteri Wakil Rakyat PAS Hanya RM500 Ribu

Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar telah membuat keputusan yang ‘jahat’ terhadap rakyat Terengganu apabila ‘menjual’ tanah milik kerajaan negeri bernilai RM29 juta kepada isteri wakil rakyat PAS dengan hanya RM500 ribu. 

‘Conflict of interest’ dalam perkara itu ialah; ‘Menteri Besar’ selaku pembuat keputusan telah menyerahkan tanah milik kerajaan negeri yang bernilai tinggi kepada pemohon iaitu ‘isteri Menteri Besar’. 

Pemohon tanah tersebut ialah Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Isteri Wakil Rakyat PAS Terengganu atau singkatannya Khairunnisa. 

Khairunnisa yang dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar, Tuan Faezah Tuan Abd Rahman telah didaftarkan di alamat Pejabat PAS Terengganu iaitu No. 33, Taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu. 

Yang meluluskan permohonan itu ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Ahmad Samsuri selaku Menteri Besar. 

Tanah berkeluasan 11,299 meter persegi itu terletak di Batas Baru yang berada di lokasi strategik dalam kawasan pusat bandar Kuala Terengganu dengan jarak 500 meter dari Wisma Darul Iman dan ‘berjiran’ dengan Ibu Pejabat Polis Terengganu, Hospital Pakar Salam dan Menara Yayasan Islam. 

Paling ‘strategik’, tanah itu terletak kira-kira 100 meter dari Pejabat PAS Terengganu dan sesuai untuk dibangunkan sebuah kompleks pentadbiran PAS Terengganu. 

Kini, ia dinamakan sebagai ‘Dataran Khairunnisa’. 

Surat daripada Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Terengganu bertarikh 18 Julai 2019 mengesahkan nilaian pasaran terbuka tanah tersebut ialah RM29,370,000. 

Atas kepentingan ‘kerajaan pimpinan Menteri Besar’ dan ‘persatuan pimpinan isteri Menteri Besar’, bayaran premium yang sepatutnya dikenakan ialah sebanyak RM5.87 juta ‘dikurangkan’ kepada RM500 ribu sahaja. 

Merujuk dokumen Notis Bahawa Hasil Tanah Harus Dibayar (Borang 5A, Seksyen 81 dan 82) daripada Pentadbir Tanah Kuala Terengganu bertarikh 9 Ogos 2020, jumlah premium yang dikenakan ialah sebanyak RM5,874,000. 

Namun, atas konflik kepentingan dan ‘kasih sayang’ antara Menteri Besar dan isteri Menteri Besar, Notis Bahawa Hasil Tanah Harus Dibayar (Borang 5A, Seksyen 81 dan 82) kali kedua daripada Pentadbir Tanah Kuala Terengganu bertarikh 4 Januari 2021, jumlah premium yang dikenakan ialah hanya RM500,000. 

Isteri wakil rakyat ‘gomol’ tanah bandar, bayar premium hanya 1.7 peratus. Walaun yang dapat tanah hutan, tanah paya; bayar premium berapa?

Post a Comment

Previous Post Next Post