Terengganu Coverage

Syarikat Tidak Untung, Tetapi YB Pengerusi, Lembaga Pengarah Dapat Sagu Hati Raya RM26 Ribu

Terengganu Human Resource Development Centre (THRDC) adalah sebuah syarikat mencari pekerjaan untuk rakyat Terengganu yang dipengerusikan oleh YB Nurkhuzaini Ab Rahman yang juga Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Pusat yang ditubuhkan pada Julai 2019 itu ‘bernaung’ sementara di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan pada Julai 2020, THRDC didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

THRDC ketika ini digerakkan oleh tujuh pegawai dan kakitangan. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berasal dari Johor dan mengundi di Hulu Langat, Selangor. Eksekutif Kanannya juga berasal dari Johor dan mengundi di Tampin, Negeri Sembilan.

Bagaimana dua jawatan tertinggi di syarikat ‘cari kerja’ untuk rakyat Terengganu diisi oleh orang luar Terengganu yang hanya berkelulusan SPM dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2?

Adakah kerana mereka ‘kawan baik’ kepada Pengerusi syarikat, YB Nurkhuzaini?

Syarikat yang tidak berasaskan keuntungan itu beroperasi dengan bantuan geran kerajaan negeri sebanyak RM400 ribu setahun sejak 2020.

Bagaimana sebuah syarikat yang tidak menjana keuntungan boleh meluluskan pembayaran Sagu Hati Hari Raya kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah sebanyak RM26 ribu.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah syarikat pada 19 April 2023. Sejak empat tahun beroperasi, ia kali pertama YB Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dapat ‘duit raya’.

Dalam masa yang sama, syarikat masih terbeban dengan hutang lebih RM90 ribu.

Adakah elaun tetap bulanan dan elaun mesyuarat yang diterima oleh YB Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah masih belum mengcukupi?

Apa keutamaan Kerajaan PAS Terengganu sekarang? Ambil contoh YB Pengerusi THRDC; “Dok cukup lagi ke duit-duit raya atas jawatan Exco, jawatan ADUN dan lain-lain jawatan. Dok kan syarikat tak dok untung pun YB nok cebok jugok?”

Apa rakyat dapat?

Bantuan Banjir: TIADA PERUNTUKAN

Bantuan i-Fitri Perantau: TIADA PERUNTUKAN

Sagu Hati Raya YB: ADA PERUNTUKAN

Post a Comment

Previous Post Next Post