Exco kerajaan negeri, YB Dr Azman Ibrahim cuba menjawab dakwaan ucapan wakil Terengganu di Perhimpunan Agung UMNO 2023 semalam yang menyebut, “tiada sebarang pelaburan dibawa masuk ke Terengganu bawah kerajaan PAS”.
Bagi menafikan dakwaan itu, beliau yang juga ADUN Jabi menceritakan ‘kejayaan’ kerajaan PAS Terengganu membawa masuk pelaburan bernilai lebih RM360 juta melalui projek ladang lada hitam.
Pelaburan mega di tanah seluas 600 hektar di Lembah Bidong, Setiu itu daripada syarikat pengeluar rempah berpangkalan di Amerika Syarikat, McCormick Global Ingredients Malaysia Sdn. Bhd. (McCormick).
‘Kejayaan’ yang menjadi kebanggaan YB Exco dan para ‘walaun’ itu tidak datang sekelip mata, kerana usaha itu bermula sejak tahun 2015.
Kenapa 2015? Kenapa tidak sejak Mei 2018?
Fakta 1Merujuk
experian.com, McCormick Global Ingredients Malaysia Sdn. Bhd. telah didaftarkan
pada 7 Ogos 2015, iaitu lapan tahun lalu. Pada peringkat awal, syarikat itu
meneroka peluang di Terengganu melalui Pejabat Wilayah Pembangunan Ekonomi
Pantai Timur (ECERDC).
Fakta 2
Merujuk laporan Daily Express, Malay Mail dan Malaysia China Insight, Menteri Besar YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sendiri yang menyatakan bahawa projek perintis tanaman lada hitam di Setiu telah bermula sejak 2015 di kawasan seluas 20 hektar di Mukim Merah secara proof-of-concept (POC). Namun, fakta ini tidak dilaporkan oleh media kerajaan negeri dan ‘sejarah’ ini tiada dalam pengetahuan para ‘walaun’.
Fakta 3
Merujuk
twitter Lembaga Lada Malaysia (MPB) pada 29 September 2015, wakil kerajaan
negeri dan McCormick telah berkunjung ke agensi itu di Kuching, Sarawak. Tahun
lalu, Sarawak menyumbang kira-kira 98 peratus pengeluaran lada hitam di
Malaysia membabitkan kira-kira seramai 70,000 pekebun kecil.
Usaha sejak 2015 itu telah memberi petanda positif.
Kerana ‘terpaling’ gembira dengan kejayaan itu, majlis menandatangani perjanjian antara pihak kerajaan negeri dan McCormick telah diadakan sebanyak dua kali iaitu pertama pada 12 Januari 2022 di Tingkat 18, Wisma Darul Iman.
Kali kedua pada 23 Februari 2023 di Sungai Tarom, Setiu sempena Karnival Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu.
Dicadangkan, majlis yang sama diadakan buat kali ketiga di Jabi, Setiu menjelang Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.