Terengganu Coverage

Misteri 3 Lot Tanah PMINT Ditukar Hak Milik Kepada Isteri YB Exco Terengganu

Ceritanya begini.

Agensi pembangunan ekonomi milik kerajaan negeri iaitu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) pada 13 Oktober 2015 telah membeli satu bidang tanah bagi tujuan pembangunan.

Tanah itu terletak di lokasi strategik dalam kawasan Bandar Kuala Berang iaitu di hadapan Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu.  

Kemudian, tanah itu dipecahkan kepada beberapa lot termasuk Lot 50136, Lot 50137 dan Lot 50138.

PMINT mengeluarkan iklan request for proposal (RFP) kepada pihak yang berminat untuk menyewa tanah tersebut pada Oktober 2018.


Pada 15 Oktober 2019, dua lot tanah itu iaitu 50136 dan 50137 telah bertukar hak milik kepada Nor Aini binti Mohamed yang beralamat di No 6712, Kampung Sungai Petai, Kuala Berang.


Lot 50138 turut bertukar hak milik kepada individu yang sama pada 4 Jun 2020.

Siapa Nor Aini binti Mohamed?


Mengejutkan, Nor Aini ialah isteri kepada bekas ADUN Kuala Berang, Dr Mamad Puteh yang juga YB Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hjau Negeri Terengganu.

Lebih mengejutkan, Dr Mamad ialah Ahli Lembaga Pengarah PMINT sejak 2018 hingga kini.

Dengan adanya ‘conflict of interest’ melalui hubungan suami isteri kepada perkara ini, adakah wujud salah guna kuasa apabila tanah bernilai tinggi yang dibeli oleh PMINT kini bertukar hak milik kepada isteri Ahli Lembaga Pengarah PMINT.

Misteri.

2 Comments

Previous Post Next Post