Terengganu Coverage

Calon PAS Buluh Gading Berbohong, ‘Claim Kredit’ Isu Baik Pulih Dewan Sivik

Calon PAS DUN Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim sekali lagi mengulangi pembohongan dan membuat kenyataan yang mengelirukan dalam isu baik bulih Dewan Sivik Buluh Gading.

Katanya yang juga bekas wakil rakyat Buluh Gading, dewan berkenaan dibaik pulih selepas PAS mentadbir Terengganu pada Mei 2018.

“Nak menjaga sebuah dewan pun tidak mampu, apatah lagi nak menjaga sebuah negeri,” katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus melalui facebook, semalam.

Kenyataan salah itu turut menjadi modal ceramah beliau bersama pemimpin PAS yang lain di Kampung Buluh Gading, malam tadi.

Pembohongan itu dibuktikan melalui siaran pada portal rasmi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang memaparkan iklan tender ‘Kerja-kerja pembaikan dan menaiktaraf dewan sivik serta lain-lain kerja yang berkaitan di Dewan Sivik Buluh Gading’.

Dalam iklan itu, dokumen sebut harga projek itu dijual pada 22 Februari hingga 1 Mac 2017.

Menerusi sepucuk surat ‘Pemberitahu Penerimaan Kerja’ daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kepada pihak kontraktor bertarikh 29 Mei 2017 antara lain menyatakan projek itu dijangka siap Julai 2017 dengan kos lebih RM100 ribu.

Bukti daripada beberapa akaun facebook penduduk setempat menunjukkan Dewan Sivik Buluh Gading sudah boleh digunakan untuk beberapa program kerajaan dan masyarakat antara Januari hingga April 2018.

Apa yang mahu dijelaskan ialah usaha baik pulih dan menaik taraf Dewan Sivik Buluh Gading telah dilakukan pada zaman BN, bukan pada zaman PAS sepertimana yang didakwa oleh pemimpin PAS. 

Usaha balik pulih kerosakan atau naik taraf kemudahan awam seperti dewan, balai raya, masjid, pasar, tandas, taman permainan, lanskap, jalan dan saliran adalah kerja-kerja berterusan oleh pihak kerajaan untuk keselamatan dan keselesaan rakyat. 

Walapun itu adalah kerja biasa, tetapi ia dilihat sebagai kejayaan 'luar biasa' oleh pemimpin PAS. 

Post a Comment

Previous Post Next Post