Bukti perkahwinan antara calon PAS DUN Kemasik, Saiful Azmi Suhaili dengan seorang janda berusia 38 tahun, Ezza Suria Muda telah tersebar termasuk ke ‘WhatsApp Group’.
Satu dokumen tulisan jawi iaitu Borang Daftar Nikah daripada Majlis
Agama Islam Wilayah Narathiwat yang menyatakan butir-butir pasangan pengantin
dan maklumat perkahwinan pada 18 Mac 2022 pukul 10.00 pagi.
![]() |
Borang Daftar Nikah |
Maklumat diri seperti tarikh lahir dan nombor kad pengenalan pasangan
pengantin, Saiful Azmi Suhaili dan Ezza Suria Muda, nama-nama saksi serta mas
kahwin berjumlah RM3,000 turut ditulis dalam borang tersebut dengan tulisan
jawi.
Turut tersebar, gambar-gambar Saiful Azmi dan Ezza Suria bersama dua
lagi yang lain sedang menyeberangi Sungai Golok di sempadan Thailand.
Pada 27 Julai lalu, Ezza Suria telah membuat akuan bersumpah dan mendakwa
wujudnya perlakuan rasuah, penyelewengan dana kerajaan dan skandal seks yang
melibatkan Saiful Azmi.
Saiful Azmi ialah ADUN Kemasik antara 2018 hingga 2023 dan Ahli
Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman.
Beliau sekali lagi dicalonkan oleh parti PAS untuk ‘teguh pertahan’ DUN
berkenaan pada pilihan raya negeri 12 Ogos ini.
Dalam akuan dua muka surat itu, Ezza Suria mendakwa Saiful Azmi gagal
memberikan kerjasama bagi menyelesaikan isu perceraian mereka.
Antara isi kandungan akuan itu, Ezza Suria mendakwa;
![]() |
Akuan Bersumpah |
1. Saiful Azmi menerima
duit 'komisyen' projek daripada Ezza Suria; projek pembinaan dan naik taraf
jalan di DUN Kemasik secara tunai.
2. Saiful Azmi telah
membuat tuntutan palsu bagi menyeleweng dana kerajaan persekutuan menerusi
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau Penjana untuk membina bangunan PAS di
Kertih.
3. Pejabat ADUN Kemasik
telah diserbu pihak SPRM bagi menyiasat kes tuntutan palsu dan penyelewengan
dana Penjana oleh pihak Saiful Azmi yang turut melibatkan syarikat adiknya.
![]() |
Akuan Bersumpah |
4. Pada tahun 2021,
Saiful Azmi telah meminta Ezza Suria memfailkan perceraian dengan suaminya di
mahkamah. Saiful Azmi berjanji untuk berkahwin dengan Ezza Suria kerana mereka
berdua telah beberapa kali ‘terlanjur’ semasa berada di Kuala Lumpur. Selepas
selesai proses perceraian dan tempoh iddah Ezza Suria tamat, pada 18 Mac 2022
mereka berkahwin di Thailand. Perkahwinan itu telah diuruskan oleh beberapa
individu termasuk Ustaz Hasan Harun.
5. Pada Oktober 2022,
rahsia perkahwinan itu terbongkar dan diketahui oleh isteri Saiful Azmi iaitu
Ustazah Husna Abdul Rahman. Dalam polemik itu, Ustaz Hasan Harun pula mendakwa
perkahwinan antara Ezza Suria dan Saiful Azmi di Thailand tidak sah dan mereka
tidak dibenarkan berjumpa.
![]() |
Ezza Suria Muda |
6. Ezza Suria turut
membuat laporan Polis terhadap isteri Saiful Azmi, Ustazah Husna yang didakwa
menyebarkan ‘video lucah’ yang ada kaitan dengan dirinya.
7. Selepas kejadian itu,
Ezza Suria gagal menghubungi atau berjumpa Saiful Azmi bagi menyelesaikan isu
perceraian antara mereka berdua.