Terengganu Coverage

Tanah Yang Dicadang Sebagai Tapak Masjid, Kini Diagih Kepada 37 Penyokong PAS

Tanah kerajaan negeri seluas kira-kira 6 ekar di Tok Fakir, Marang yang dicadangkan oleh penduduk sebagai tapak masjid baharu kampung itu kini telah diagihkan kepada 37 penyokong PAS kawasan tersebut.

Menurut imam masjid kawasan itu, Razak Abdullah, tanah itu ‘disimpan’ sejak berpuluh tahun lalu oleh ahli kariah dan pernah dicadangkan oleh kepimpinan JKKK sebelum ini kepada pihak berwajib untuk dijadikan tapak baharu masjid Kampung Tok Fakir.


Katanya, tanah itu pernah diukur dan diangkat kepada pihak kerajaan negeri, dicadangkan untuk diwartakan sebagai wakaf masjid, tetapi perkara itu ‘tidak selesai’.

Masjid Tok Fakir meliputi kariah daripada tiga buah kampung iaitu Tok Fakir, Alor Ketitir dan Alor Tembesu.

Selepas PAS mentadbir Terengganu pada tahun 2018, tanah berkenaan dipecah lot dan diagihkan kepada penyokong PAS kawasan itu oleh ADUN Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong.

Majlis penyerahan Borang 5A kepada penerima lot-lot tanah rumah kediaman berkenaan telah disempurnakan oleh Ustaz Sulaiman Sulong pada 16 Jun 2023.

Post a Comment

Previous Post Next Post